suria

Budak Perempuan Jatuh Tingkat Tiga 'Diselamatkan' Patung Mainan Minion

SEORANG budak perempuan yang terjatuh dari tingkap di rumah tiga tingkatnya terselamat dipercayai kerana memeluk patung mainan Minion kepunyaannya ketika kejadian berlaku.

Portal Mirror melaporkan kanak-kanak berusia lima tahun itu hanya mengalami patah tangan sewaktu dia terjatuh di luar tingkap rumahnya di Colorado Springs, Amerika Syarikat (AS) pada malam Khamis.

Semasa kejadian, mangsa sedang bermain sebelum terjatuh ke arah belakang.

Menurut polis, mereka percaya risiko kecederaannya 'diselamatkan' oleh patung mainan yang tebal dan empuk itu.

Polis Colorado dalam satu kenyataan berkata: Nasib baik ketika kanak-kanak itu terjatuh dari tingkap, mangsa masih memeluk patung Minion yang dipercayai mengurangkan kesan kecederaan mangsa akibat terjatuh."

Minion merupakan karakter filem Minions yang mula ditayangkan awal bulan ini sudah pun mengutip £28 juta (RM166.26 juta) setakat ini bagi tayangan filem pecah panggung di United Kingdom (UK).

Minion

Artikel Lain