suria

Pasukan Khas Bawa Keluar Pekerja Dalam Insiden Serangan Di Gedung

Pasukan keselamatan Perancis mengadakan operasi terhadap insiden serangan kumpulan lelaki bersenjata terhadap premis Primark di Paris. Foto AFP

PARIS: Pasukan khas memindahkan 18 orang dari sebuah gedung dekat Paris pada Isnin selepas sekumpulan lelaki bersenjata mengadakan serangan sebagai cubaannya untuk merompak premis Primark di dalam bangunan itu.

"Kira-kira pukul 6.30 pagi (12.30 tengah hari waktu Malaysia), tiga anggota bersenjata masuk ke Primark untuk cuba merompak premis itu," menurut sumber polis yang enggan dikenali, mengenai insiden yang berlaku di Villeneuve-la-Garenne.

Menurut sumber lain, seorang pekerja yang pertama memaklumkan kepada teman lelakinya pada kira-kira pukul 7 pagi (1 petang waktu Malaysia) menerusi pesanan teks dengan mengatakan mereka telah menjadi tebusan oleh dua lelaki bersenjata.

Menurut polis, kira-kira 18 pekerja Primark meninggalkan premis itu dan ditempatkan di kantin di luar gedung Qwartz. Kesemua kedai lain di gedung itu tutup.

Polis berkata, mereka dibawa keluar pada kira-kira pukul 10.30 pagi (4.30 petang waktu Malaysia).

Tambahnya, salah seorang daripada mereka kurang sihat tetapi tiada yang mengalami kecederaan.

Pasukan keselamatan kini sedang memburu kesemua lelaki bersenjata itu. - AFP


Artikel Sebelum

Artikel Lain