suria

Polis China Tembak Mati Tiga Militan

POLIS China menembak mati tiga lelaki bersenjata pisau yang didakwa sebagai ahli kumpulan militan dari Xinjiang di bandar Shenyang.

Dalam operasi menahan suspek pada Isnin, seorang wanita turut mengalami kecederaan.

Xinjing merupakan kawasan penduduk Islam dan terdapat kumpulan militan yang sering melakukan serangan awam sejak beberapa tahun lalu.

Kenyataan mengenai polis menembak mati tiga lelaki berkenaan menjadi viral di laman sosial yang kemudian dilaporkan media  tempatan.

Kenyataan itu turut mendedahkan bahawa polis telah menahan seramai 16 orang yang dipercayai militan selepas melakukan operasi di Shenyang.


China, Polis

Artikel Lain