suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pendaki Buta Menyeberangi Banjaran Perancis Guna GPS Khas

REIPERTSWILLER, Perancis: Lima pendaki buta melakar sejarah apabila berjaya menyeberangi banjaran di timur negara itu dengan hanya menggunakan bantuan GPS khas.

Pendaki istimewa itu hanya menggunakan tongkat dan telefon pintar dengan aplikasi GPS Navi'Rando - tanpa bantuan penunjuk arah untuk mengharungi laluan berbukit, ladang dan semak sejauh 80 kilometer.

GPS Navi'Rando atau Randonner bermaskud daki dalam bahasa Perancis - mampu memberi amaran di kawasan selekoh bahaya dan curam kepada pendaki buta.

Aplikasi Navi'Rando dibangunkan oleh pasukan dari Universiti Strasbourg di timur laut negara itu bagi membantu pendaki buta mencapai misi mereka tanpa bantuan penunjuk arah.

Seorang pendaki yang buta sejak lahir, Jean-Claude Heim berkata," mereka perlu menumpu sepenuh perhatian ketika menggunakan aplikasi tersebut dan ia lebih mencabar daripada sebelum ini.

"Aplikasi ini akan memberikan isyarat tepat di setiap selekoh termasuk halangan di depan."

Perancis, Buta

Artikel Sebelum

Artikel Lain