suria

30 Dilaporkan Terkorban Dalam Serangan Di Semenanjung Sinai

KAHERAH: Sekurang-kurangnya 30 orang dilaporkan terbunuh apabila kumpulan bersenjata melancarkan serangan ke atas beberapa pusat pemeriksaan keselamatan di utara Semenanjung Sinai pada Rabu.

Bentuk serangan itu memperlihatkan bahawa ia adalah suatu tindakan yang dirancang.

Ia juga adalah serangan berprofil tinggi yang kedua berlaku di Mesir minggu ini.

Hanya pada Isnin lalu seorang pendakwaraya kanan terbunuh apabila kereta yang dinaikinya diserang di sini.

Dua insiden ini mencetuskan kebimbangan ke atas kemampuan kerajaan menangani serangan militan.

Menurut laporan agensi berita Reuters, dalam insiden terbaru, lima pusat pemeriksaan keselamatan telah diserang oleh 70 militan yang datang menggunakan kenderaan yang menggunakan senjata anti-pesawat.

Salah satu pusat pemeriksaan keselamatan yang diserang ialah di pekan Sheikh Zuweid yang menyaksikan pihak militan memasang jerangkap samar mengelilingi sebuah balai polis.

Sekurang-kurangnya 10 kakitangan keselamatan telah terkorban dalam kesemua serangan tersebut manakala 40 lagi dilaporkan tercedera.

Sementara 22 orang dari kumpulan militan itu turut terkorban.

Semenanjung Sinai memang dikenali sebagai kawasan yang paling tidak stabil di Mesir dengan pelbagai gerakan bawah tanah melancarkan serangan ke atas kerajaan sedia ada.

Semenanjung Sinai, Mesir

Artikel Lain