suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Bandar Raya New York Haramkan Berkas Plastik Polistirena

Ia kini diharamkan di bandar raya New York.

NEW YORK: Pentadbiran Dewan Bandar Raya New York telah mengharamkan penggunaan berkas plastik atau Expandable Polystyrene Foam (EPS) berkuatkuasa pada Rabu.

Ini termasuklah EPS dalam bentuk cawan, mangkuk, pinggan, berkas besar atau apa sahaja yang diperbuat daripada polistirena.

Syarikat-syarikat atau penjual diberi tempoh enam bulan untuk mematuhi peraturan ini.

Tetapi para pengguna diharam menggunakannnya berkuatkuasa serta merta.

"Produk ini telah dikenalpasti menjadi punca kepada pencemaran alam sekitar kerana ia tidak boleh diproses sebagai bahan kitar semula. Oleh yang demikian penggunaannya tidak dibenarkan di bandar raya ini lagi," kata Datuk Bandar New York, Bill de Blasio dalam satu kenyataan berhubung pengharaman penggunaan bahan tersebut.

Adalah dianggarkan warga Amerika Syarikat menggunakan 25 bilion cawan plastik polistirena setahun.

"Masalah besar dengan stirilfom ialah ia tidak boleh dibentuk semula menjadi cawan atau pinggan kerana ia adalah bahan yang telah pun dikembangkan dan tidak boleh mengembang lagi," ujar Profesor Joe Biernacki, pensyarah kejuruteraan kimia di Tennessee Tech University.

Hanya bahan polisterina yang asli dan belum dikembangkan lagi sahaja yang boleh digunakan untuk membentuk cawan atau pinggan bukan bahan yang telah dikembangkan, katanya lagi.

Artikel Lain