suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

20 Maut Dalam Insiden Pesawat Hercules C-130 Terhempas

MEDAN, INDONESIA: Sekurang-kurangnya 20 orang terbunuh apabila sebuah pesawat pengangkutan tentera udara Indonesia terhempas pada Selasa di kawasan perumahan di bandar ketiga terbesar di Indonesia di Medan, Sumatera.

Menerusi imej siaran televisyen Indonesia dari lokasi Hercules C-130 terhempas menunjukkan bangkai pesawat itu terbakar.

Sumber hospital berkata pihaknya menerima 20 mayat setakat ini.



Sekurang-kurangnya dua orang dari kawasan kejiranan berhampiran parah dalam insiden itu.

Kemalangan Hercules berlaku tidak lama sebelum waktu tengah hari dan hanya dua minit selepas pesawat pengangkutan itu berlepas dari markas tentera udara di Soewondo.

Ketua Tentera Udara Indonesai, Agus Supriatna berkata juruterbang memberitahu menara kawalan bahawa pesawat yang dipandunya perlu berpatah balik kerana mengalami masalah enjin.



"Pesawat itu terhempas ketika ia sedang berpusing untuk kembali ke lapangan terbang," kata Supriatna.

Terdapat 17 anggota tentera dalam kapal terbang, katanya.

Ini adalah kali kedua dalam tempoh 10 tahun kapal terbang terhempas dalam kawasan kejiranan di Medan.

Hercules C-130

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain