suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pejuang IS Maut Diserang Militan Tempatan Libya

TRIPOLI: Puluhan pejuang kumpulan militan Negara Islam (IS) terbunuh dalam serangan yang dilancarkan oleh pasukan militan lain untuk mengusir mereka dari kawasan kejiranan di bandar timur Derna, Libya pada Sabtu.

Agensi berita Libya, Lana melaporkan selama lebih seminggu, para pejuang yang diketuai oleh Majlis Mujahidin Derna menyerang kumpulan Islam Sunni radikal di bandar tersebut.

Menurut agensi berita Lana, tentera bersenjata cuba untuk menghalau kumpulan militan IS keluar daripada daerah timur Derna di Fataeh dan terdapat puluhan nyawa yang terkorban dari pihak IS.

Lana menerangkan, Fataeh merupakan benteng terakhir di Derna dan mendakwa kesemua pejuang kumpulan itu berjaya dihalau keluar daripada bandar tersebut.

Kehadiran Kumpulan IS di kawasan itu semakin meningkat sejak akhir 2014 selepas negara tersebut menjadi huru-hara berikutan pemberontakan diktator lama, Moamer Gaddafi pada 2011.

Kumpulan militan IS menjadi saingan kepada kerajaan dan parlimen serta pihak militan yang berjuang untuk mempengaruhi dan berkongsi kekayaan minyak.

Libya, IS

Artikel Berikut

Artikel Lain