suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Supermodel Kate Moss Diiring Turun Pesawat Kerana Menganggu

LONDON: Supermodel Kate Moss diiring ketika turun dari pesawat easyJet di lapangan terbang London pada Ahad kerana dakwaan "mengganggu ", seperti dilapor BBC. 

Tanpa mendedahkan identiti pengadu, polis berkata, mereka 'telah membantu kakitangan penerbangan untuk mengiringi penumpang turun dari pesawat kerana penumpang tersebut dilaporkan sebagai telah mengganggu ketenteraman" .

"Pegawai polis mengiringi penumpang dari kapal terbang, " kata seorang jurucakap polis Bedfordshire . 

"Tiada aduan rasmi dibuat, namun dia tidak akan ditahan," katanya.

Pesawat easyJet tiba di Lapangan Terbang Luton London dari Bodrum, Turki pada petang Ahad . 

Jurucakap easyJet mengesahkan polis terpaksa dipanggil kerana terdapat aduan terhadap ketenteraman penumpang atas kapal.
Kate Moss

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Wanita Letupkan Diri

Artikel Lain