suria

Gampa Bumi Sabah: Singapura Berkabung

SINGAPURA: Singapura pada Isnin menghayati hari Peringatan Negara bagi lapan rakyatnya yang terkorban dan dua yang masih hilang dalam gempa bumi di Sabah Jumaat lepas.

Bendera republik ini dikibar separuh tiang di semua bangunan kerajaan dalam keadaan cuaca mendung sebagai tanda mengingati mereka yang maut dan masih hilang akibat bencana alam itu.

Lapan rakyat Singapura - seorang guru dan enam pelajar Sekolah Rendah Tanjong Katong yang melakukan lawatan pembelajaran di luar negara, dan seorang jurupandu pengembaraan - terbunuh di Gunung Kinabalu dalam kejadian gempa bumi berukuran 5.9 pada skala Richter itu.

Dua lagi rakyat negara ini, Navdeep Singh Jaryal s/o Raj Kumar (pelajar) dan Mohammad Ghazi Mohamed (guru), masih belum dapat dikesan.

Perdana Menteri Lee Hsien Loong mengisytiharkan Isnin (8 Jun) sebagai Hari Peringatan Negara untuk mereka yang menjadi mangsa bencana alam itu.

Tafakur selama seminit juga diadakan pagi ini di semua venue Sukan SEA yang sedang berlangsung di sini.

Mayat tujuh rakyat Singapura - lima pelajar, guru dan jurupandu - diterbangkan ke tanah air dengan pesaswat C-130 Tentera Udara Singapura pada Ahad malam.

Awal pagi ini, dua daripada mangsa - Ameer Ryyan Mohd Adeed Sanjay, 12, dan jurupandu pengembaraan, Muhammad Daanish, 22 - disemadikan di sebuah tanah perkuburan Islam di sini.

Singapura, Gempa Bumi

Artikel Lain