suria

Gempa Sabah: PM Singapura Isytihar Hari Perkabungan Kebangsaan Isnin

Bunga-bunga yang diletakkan di Sekolah Rendah Tanjong Katong di Singapura sebagai tanda penghormatan buat mangsa gempa bumi di Sabah. Foto DANSON CHEONG

SINGAPURA: Perdana Menteri, Lee Hsien Loong mengisytiharkan Isnin (8 Jun) sebagai Hari Perkabungan Kebangsaan bagi mangsa warga Singapura susulan gempa bumi di Sabah, kata Pejabat Perdana Menteri (PMO). 

Dalam satu kenyataan, PMO berkata, bendera negara di semua bangunan kerajaan akan dikibarkan separuh tiang. 

Sebagai penghormatan, upacara bertafakur selama satu minit akan dilakukan pada permulaan hari di semua venue Sukan SEA.

Menurut PMO, Perdana Menteri berasa amat dukacita terhadap kematian lapan warga Singapura dalam insiden gempa bumi di Gunung Kinabalu, Sabah.

Mereka ialah seorang guru dan enam pelajar dari Sekolah Rendah Tanjong Katong yang mengikuti rombongan sambil belajar sebarang laut termasuk seorang penunjuk arah.

Seorang guru dan seorang pelajar masih hilang.

Bagi pihak semua rakyat Singapura, Lee merakamkan ucapan takziah yang mendalam dan simpati kepada keluarga dan orang tersayang mereka.

"Ketika kami berdukacita atas kehilangan nyawa ini, kami juga ingin menarik perhatian bahawa mereka sedang berusaha untuk menghadapi cabaran baharu," katanya.

Lee juga merakamkan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang bekerja keras tanpa mengenal penat dalam operasi mencari, menyelamat dan pemulihan – pihak berkuasa Malaysia, pasukan mencari dan menyelamat, kakitangan hospital, dan semua pegawai dan sukarelawan yang membantu dalam apa cara di Sabah dan Singapura.

"Kami berharap bahawa ucapan simpati secara kolektif dan sokongan daripada semua rakyat Singapura akan memberi ketenangan dan keselesaan kepada keluarga dan orang tersayang mangsa," kata Lee.

Sekumpulan pelajar dari Sekolah Rendah Tanjong Katong sebelumnya dilaporkan menyertai rombongan bersiar-siar di Gunung Kinabalu apabila gempa bumi melanda pada Jumaat lepas.

gempa Sabah

Artikel Sebelum

Wanita Letupkan Diri

Artikel Lain