suria

IS Serang Syiah Di Arab Saudi, 21 Maut

RIYADH: Seramai 21 nyawa terkorban manakala 81 lagi cedera apabila pengebom berani mati Kumpulan Militan Negara Islam (IS) menyerang sebuah masjid Syiah yang berada di bawah pemerintahan Arab Saudi untuk mengancam ketegangan sektarian.

Pengebom tersebut menyerang sewaktu orang ramai sedang menunaikan solat Jumaat di wilayah Timur di mana penyerang tersebut yang dikaitkan dengan ekstremis IS yang telah membunuh tujuh anggota masyarakat minoriti Syiah pada bulan November lalu.

Kementerian Dalam Negeri berkata, pengebom berani mati itu meletupkan bom di masjid di Syiah di bandar Qatif.

"Seorang individu telah meletupkan sebutir bom yang ketika orang ramai sedang menunaikan solat Jumaat di masjid Ali Ibn Abi Talib di Qatif," kata jurucakap kementerian dalam satu kenyataan yang dibuat.

Menteri Kesihatan memetik laporan SPA yang menyatakan seramai 21 orang telah terbunuh dan 81 mangsa mengalami kecederaan manakala 12 lagi berada dalam keadaan kritikal.

Kumpulan militan IS mengakui bertanggungjawab ke atas serangan tersebut dan ini merupakan kali pertama kumpulan itu secara rasmi mengaku melakukan serangan di Arab Saudi.

Mereka juga berikrar bahawa hari yang malang akan menanti pihak Syiah sehingga kumpulan militan itu berjaya mengusir mereka keluar daripada semenanjung Arab.

Satu kenyataan yang diterbitkan di laman sosial menerangkan, "tentera khalifah" merupakan pihak yang bertanggungjawab terhadap serangan yang dilakukan oleh Abu Amer al- Najdi yang meledakkan tali pinggang yang diisi dengan bahan letupan di dalam kawasan masjid.

Pihak Amerika Syarikat dan Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengutuk perbuatan tersebut.

Jurucakap White House, Josh Earnest berkata pihaknya tidak boleh mengesahkan perbuatan tersebut merupakan tindakan daripada kumpulan militan IS.

Syiah Iran menuntut supaya mencari pihak yang bertanggungjawab ke atas serangan tersebut dan dijatuhkan hukuman.

Pihak Lebanon yang bersekutu dengan Syiah Iran, Hezbollah berkata pihak berkuasa Arab Saudi perlu bertanggungjawab atas pengeboman tersebut.


Arab Saudi, IS, Syiah

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain