Yusuf Al-Qaradawi Kecam Hukuman Mati - Dunia | mStar

Yusuf Al-Qaradawi Kecam Hukuman Mati

Yusuf al-Qaradawi

DOHA: Ulama dan cendekiawan terkemuka, Yusuf al-Qaradawi mengecam hukuman mati ke atas dirinya, bekas Presiden Mesir, Mohamed Morsi dan 105 penyokong Ikhwanul Muslimin berhubungan dakwaan lari dari penjara pada 2011.

Dalam kenyataan video menerusi akaun Twitternya pada Ahad, Yusuf yang berpusat di Qatar dan juga pemimpin spiritual Ikhwan berkata, hukuman yang dijatuhkan mahkamah Mesir itu tidak boleh diterima dan bertentangan dangan undang-undang Islam.

“Keputusan itu tidak boleh dilaksanakan kerana ia bertentangan dengan perintah Allah, berlawanan dengan undang-undang manusia. Tidak ada sesiapa yang akan menerimanya,” kata Yusuf dalam kenyataan yang disiarkan Al Jazeera di Qatar.

Keputusan hukuman mati yang diumumkan, pada Sabtu itu akan dirujuk kepada mufti besar Mesir.

Bagaimanapun, mengikut undang-undang negara itu, kerajaan tidak terikat dengan pendapat mufti itu.

Keputusan muktamad dijangka diumumkan 2 Jun depan.

Tuduhan itu berkait dengan tindakan Mohamed melarikan diri dengan pemimpin Ikhwan lain dari penjara di utara Kaherah pada 2011 ketika kekacauan Kebangkitan Arab.

Yusuf menafikan terbabit dalam kejadian itu dan berkata, beliau berada di Qatar pada masa kejadian.

al-Qaradawi , Mohamed Morsi , Mesir

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Lebih Artikel

Zainuddin Maidin meninggal dunia

Enam lagi ahli Parlimen Umno keluar parti