suria

Nenek 140 Tahun Sertai Pertandingan Tawar Hadiah RM3.6 Juta

Nenek Anami

PURWAKARTA: Nenek Anami yang usianya mencecah 140 tahun menyahut cabaran untuk menyertai pertandingan orang tertua didunia yang menawarkan hadiah bernilai AS$1juta (RM3.6 juta).

Pertandingan itu dianjurkan jutawan Russia, Moldove Dmitry Kaminskiy.

Penyertaannya Nenek Anami yang memerlukan dia ke Russia dibiayai kerajaan tempatan di sini selepas ahli keluarganya menemui Pemangku Raja Purwakarta, Dedi Mulyadi dan menyatakan hasrat warga emas itu.

Nenek Anami mengakui sudah bersiap sedia namun, tidak membuat sebarang perubahan atau persiapan khas bagi acara itu termasuk tidak berpantang makan.

“Dari dulu pun saya tidak pernah berpantang, malahan apa saja yang ada saya makan,” katanya.

Warga emas itu adalah penduduk asal Purwakarta yang pernah merasakan zaman penjajahan Belanda dan Jepun. Sepanjang hidupnya dia pernah berkahwin empat kali dan dikurniakan sembilan anak, 25 cucu, 47 cicit malah, kini keluarganya menjangkau keturunan sepanjang lima generasi. 


Artikel Lain