suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Bekas Presiden Morsi Dijatuhi Hukuman Mati

KAHERAH: Mahkamah Mesir pada Sabtu menjatuhkan hukuman mati ke atas bekas Presiden, Mohamed Morsi dan lebih 100 tertuduh lain kerana rusuhan di penjara pada 2011. 

Morsi berada di kandang tertuduh apabila hakim membacakan keputusan itu.  

Sebahagian besar daripada mereka dibicarakan tanpa kehadiran, termasuk ulama Islam terkenal, Yusuf Al-Qaradawi yang kini menetap di Qatar. 

Kes seperti ini kebiasaannya akan dirujuk kepada pihak berkuasa agama Mesir iaitu pejabat Mufti, bagi mengemukakan pendapat sebelum apa-apa hukuman dilakukan. 

Mahkamah akan mengumumkan keputusan muktamad pada 2 Jun ini.

Morsi terlepas hukuman mati satu daripada dua perbicaraan yang berakhir pada Khamis, di mana mahkamah dinasihatkan agar menjatuhkan hukuman mati diberi kepada 16 tertuduh lain di atas pertuduhan pengintipan.

Mereka telah didakwa bersekongkol dengan kuasa asing, Hamas (Palestin) dan Iran untuk menjejaskan kestabilan Mesir.

Mohamed Morsi

Artikel Lain