suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

15 Cedera Serangan Puak Pemisah Selatan Thai

Pasukan pemusnah bom sedang memeriksa bom yang berjaya dimatikan di wilayah Yala, Sabtu.

HATYAI: Serangan yang dipercayai angkara kumpulan pemisah di selatan Thai dua hari berturut-turut mengakibatkan sekurang-kurangnya 15 orang cedera termasuk kanak-kanak akibat beberapa kejadian letupan.

Insiden pada lewat Khamis dan awal pagi Jumaat itu dikatakan berlaku di hampir 30 kawasan di Yala, termasuk sekitar premis perniagaan dan bank.

Jurucakap polis Kolonel Jamlong Suwalak berkata, bom tangan digunakan dalam serangan itu, malahan pihaknya turut menemui dua bom yang tidak meletup.

Dalam satu serangan, saksi melihat dua lelaki bermotosikal melontar bom tangan ke arah sebuah restoran, menyebabkan seorang cedera.

Jururawat di Hospital Yala Netchanok Sintiratti berkata, seorang budak lelaki berusia 11 tahun antara yang cedera dalam kejadian itu.

Yala ialah antara tiga wilayah Thai yang majoriti penduduknya beragama Islam.

Lebih 5,000 orang terbunuh sejak gerakan menuntut pemisahan bermula di wilayah berkenaan pada 2004 yang dikatakan bermatlamat untuk membentuk negara Islam merdeka.


Thai, Kolonel Jamlong Suwalak, Yala

Artikel Lain