suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Ketua Kampung Terlibat Aktiviti Pemerdagangan Manusia Ditahan

BANGKOK: Seorang ketua kampung di Tambon Hin Kaew ditahan kerana didakwa terlibat dalam aktiviti pemerdagangan manusia selepas 74 orang dari Myanmar diseludup ke Thailand, dirompak dan kemudiannya ditinggalkan di dalam hutan di daerah Muang Chumphon, awal bulan ini.

Difahamkan sementara pendatang asing itu disorok di dalam sebuah kem, penyeludup manusia dari Thai turut merogol tiga warga Myanmar berusia antara 18 hingga 20 tahun.

Ketua Kampung Prasert Sangkhom, 52, antara empat yang dikeluarkan waran tangkap oleh mahkamah wilayah Chumphon pada Khamis.

Polis sedang memburu tiga suspek lain yang dipercayai melarikan diri ke sebuah perkampungan di sempadan Myanmar.

Dalam perkembangan berkaitan, pasukan petugas Kementerian Dalam Negeri menyerbu sebuah pusat karaoke di Tambon Sanam Chai di Suphan Buri, Muang awal pagi Jumaat dan menahan 10 warga Myanmar berusia 20 hingga 30 tahun dan empat gadis di bawah umur.

Polis turut menahan pemilik pusat karaoke tersebut, Chumpol Chan-ngamdee, 53, kerana membuka pusat hiburan itu tanpa permit dan menjalankan kegiatan pelacuran serta pemerdagangan manusia.

Artikel Lain