suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Jakarta Halang Umum Tonton Video "Cahaya Tarbiyah Di Bumi Khalifah"

JAKARTA: Agensi perisikan Indonesia kini dalam proses untuk menyekat rakyat negara itu daripada menonton rakaman video “Cahaya Tarbiyah di Bumi Khilafah” berkaitan kumpulan militan Negara Islam (IS).

Agensi itu kini bekerjasama dengan Kementerian Komunikasi dan Penerangan untuk merealisasikan matlamat itu.

Ketua Badan Risikan Negara, Marciano Norman berkata, langkah itu dilaksanakan serta-merta bagi menghalang klip berkenaan ditonton orang awam.

“Melalui klip video berkenaan, beberapa anggota kumpulan pengganas itu cuba menunjukkan bagaimana mereka bertindak menentang musuh.

“Kami anggap ia adalah propaganda mereka,” katanya.

Melalui klip video itu, beberapa kanak-kanak tempatan pada usia kurang 15 tahun dilihat berlatih menggunakan senjata api dan membaca ayat al-Quran di depan bendera IS.

Klip berbahasa Melayu sepanjang lebih dua minit itu diterbitkan oleh Alazzam Media yang didakwa unit media kumpulan militan berkenaan.

Meraka diajar membaca al-Quran, selain didedahkan cara menggunakan raifal automatik serta seni bela diri tanpa senjata.

Antara babak yang mendapat perhatian agensi itu apabila seorang lelaki bertanya: “Adakah kamu boleh menembak?” dan “Apakah kamu boleh merungkai senjata?"

Susulan itu, seorang budak lelaki menjawab: “Ya.”

Artikel Lain