suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Remaja AS Dituduh Bunuh Ibu Lahirkan Bayi Dalam Tahanan

Heather yang mengandungkan anak Tommy masing-masing dibicarakan berasingan atas tuduhan bunuh ibu Heather tahun lalu.

DENPASAR: Remaja Amerika Syarikat (AS) yang dibicarakan atas tuduhan membunuh ibunya di Bali tahun lalu melahirkan bayi ketika dalam tahanan di sini.

Heather Mack, 19, yang berdepan hukuman mati jika sabit kesalahan, dibawa dari Penjara Kerobokan ke hospital pada Selasa untuk melahirkan bayinya itu.

Ketua Penjara Kerobokan, Sudjonggo berkata, Heather bersalin di hospital berkenaan petang hari sama.

“Heather dan bayi perempuannya dalam keadaan sihat,” katanya.

Menurut Sudjonggo, Heather akan dibawa semula ke penjara seawal Khamis.

Menurut Sudjonggo, jika tiada waris yang boleh menjaga bayi yang kemungkinan diberi mana Stella sempena nama nenek Heather itu akan dibesarkan di penjara sehingga dia berusia dua tahun.

Heather dan teman lelakinya, Tommy Schaefer, 21, dibicarakan secara berasingan atas tuduhan membunuh Sheila von Wiese Mack, 62, pada Ogos lalu.

Mayat Sheila ditemui dalam beg pakaian dan ditinggalkan dalam sebuah teksi di depan pusat peranginan eksklusif di Bali.

Heather Mack, Bali, Penjara Kerobokan

Artikel Lain