suria

ISIS: Jamila Ditahan Ketika Guna Pasport Jalila

Kembar seiras Jamila (kiri) dan Jalila.

SALAH  seorang pasangan kembar ditahan oleh pasukan keselamatan Turki ketika dalam perjalanan ke Syria, dipercayai untuk menyertai kumpulan militan ISIS.

Jamila dan Jalila Henry,21, merupakan pasangan kembar seiras dari selatan London.

Namun ketika ditahan, Jamila dikesan menggunakan pasport kembarnya, Jalila.

Biarpun memiliki rupa paras yang hampir sama, watak Jamila dan Jalila jauh berbeza.

Jamila dikenali melalui pakaiannya yang menutup aurat dan menghabiskan masanya dengan membaca al-Quran. Manakala Jalila terkenal dengan 'gadis parti' yang turut mengambil minuman keras serta merokok. Malah pakainya juga lebih seksi dan gemar menonton rancangan realiti bersiri, The Only Way is Essex. 

Kekeliruan identiti yang dilalui oleh pihak keselamatan Turki ini timbul selepas mereka menahan seorang wanita bernama Jalila.

Bagaimanapun Jalila menganggap berita itu sekadar gurauan kerana dia menghabiskan masanya dengan berparti sepanjang malam.

Sehingga Rabu malam, Jamila masih lagi berada di Turki menunggu proses penghantaran kembali ke UK, yang mana dia dijangka akan tahan kerana disyaki dalam persiapan terlibat dengan pengganas.

Dalam pada itu, pasukan keselamatan British dipercayai tidak terbabit dalam penangkapan gadis itu yang dilakukan oleh ejen Turki.

Bapa kepada pasangan kembar ini bekerja sebagai pelukis serta juru hias dalaman, manakala ibunya pegawai penasihat perumahan.

Jamila dan Jalila dikenali sebagai pasangan popular dan bersopan ketika di usia remaja.

Salah seorang rakan di Sekolah Rendah Sellincourt di Wandsworth berkata: "Mereka berdua sangat baik, peramah  dan rajin berusaha. Saya tidak boleh bayangkan salah seorang daripada mereka mahu menyertai IS.

Jalila, Jamila, Kembar, IS

Artikel Lain