suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Gadis Jerman Bantu Kurdish Maut Dalam Serangan IS

BEIRUT: Seorang gadis warga Jerman terbunuh ketika membantu puak Kurdish menentang kumpulan militan Negara Islam (IS) di timur laut Syria.

Ketua Permerhati Hak Asasi Manusia Syria, Rami Abdel Rahman berkata, gadis berusia 20-an itu terbunuh dalam pertempuran berdekatan bandar Tal Tamr, wilayah Hasakeh.

Selain itu, warga Britain Erik Scurfield dan warga Australia Ashley Johnston turut maut dalam pertempuran tersebut.

Seramai 40 pejuang Kurdish dan IS dilaporkan terbunuh dalam pentempuran di Tal Tamr, kata pemerhati tersebut pada Ahad.

Berita kematian gadis German yang belum disahkan Berlin ini telah tersebar pada Hari Wanita Sedunia pada Ahad.

Unit Perlindungan Rakyat Kurdish (YPG) memaklumkan kira-kira 35 peratus atau 7,000 wanita menerima latihan yang sama seperti lelaki untuk persediaan pertempuran ini.

Jerman, IS

Artikel Lain