suria

Jam Tangan Pintar Apple Di Pasaran April Ini

Jam tangan pintar keluaran Apple.
SAN FRANCISCO: Produk terbaru syarikat elektronik gergasi Amerika Syarikat (AS), Apple Inc yang ditunggu-tunggu, jam tangan pintar serba canggih dan bakal menjadi aksesori gaya hidup moden bakal dipertontonkan pada Isnin ini.

Jam tangan tersebut akan dipertontonkan kepada media dalam satu majlis yang diadakan di sebuah teater di San Francisco yang turut menjadi lokasi majlis pelancaran iPad sebelum ini.

Ketua Eksekutif Apple, Tim Cook hanya mendedahkan serba sedikit mengenai jam tangan yang sofistikated itu.

"Saya tidak boleh hidup tanpanya (jam tangan)," kata Cook.

Syarikat itu mengumumkan rancangan untuk mengeluarkan koleksi jam tangannya kepada peminat setia jenama tersebut yang akan mula berada di pasaran pada April ini.

Ia adalah produk keluaran terbaharu Apple selepas iPad pada 2010.

Apple membayangkan produk tersebut berharga $349 di Amerika Syarikat dan boleh didapati dalam dua saiz berbeza dengan menampilkan tiga koleksi.

Jam tangan itu dilengkapi dengan pelbagai fungsi seperti pada iPhone 6 termasuk integrasi sokongan HealthKit, dan digunakan untuk tujuan kecergasan.

Produk itu dijangka memberi saingan kepada jenama sukan seperti Jawbone, Fitbit dan Nike.

Apple, jam tangan

Artikel Lain