suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Boko Haram Mengaku Jadi Rakan Sekutu IS

Abubakar Shekau.
MAIDUGURI: Kumpulan militan Nigeria, Boko Haram membuat pengakuan secara rasmi menjadi sekutu kepada Kumpulan Islam (IS) menerusi mesej yang disampaikan oleh pemimpin kumpulan tersebut menerusi laman Twitter serta dilaporkan dalam laman perisikan SITE, pada Ahad.

Pemimpin Boko Haram, Abubakar Shekau membuat pengakuan itu dalam bahasa Arab menerusi akuan Twitternya yang menyebut: "Kami mengumumkan kesatuan kami dengan Kalifah umat Islam."

"Kami menyeru umat Islam di mana sahaja anda berada untuk setia kepada khalifah," katanya menerusi mesej tersebut.

Pemimpin IS, Abu Bakr al-Baghdadi sebelum ini mengisytiharkan dirinya sebagai Kalifah.

Sebelum ini, Boko Haram dikatakan ada kaitan dengan kumpulan militan, Al-Qaeda.

Sementara itu, polis berkata, empat pengebom berani mati menyerang bandar Maiduguri di utara Nigeria pada Sabtu mengakibatkan sekurang-kurangnya 54 maut manakala 143 lagi cedera parah.

Boko Haram, IS

Artikel Lain