suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Ketua Pembangkang Tajik Ditembak Mati Di Istanbul

Umarali Kuvatov.

ISTANBUL: Ketua Pembangkang Tajik, Umarali Kuvatov dilaporkan ditembak mati oleh seorang individu yang tidak dikenali di sebuah jalan di Istanbul, menurut agensi berita Turki, Dogan pada Jumaat.

Kuvatov yang hidup dalam buangan di Turki dan pernah mengetuai pergerakan pembangkang "Group 24" (Kumpulan 24) yang terbunuh selepas ditembak di kepala pada kira-kira pukul 10.30 malam waktu tempatan pada malam Khamis di daerah Fatih di bandar itu, kata agensi berita berkenaan.

Tambah Dogan, penyerang itu bagaimanapun melarikan diri ketika kejadian.

Polis Istanbul bagaimanapun enggan mengulas mengenai insiden tersebut. 

Pihak berkuasa Turki sedang menjalankan siasatan terhadap kes pembunuhan tokoh politik berusia 47 tahun itu.

Menurut Dogan, ketika kejadian Kuvatov selepas menikmati makan malam di sebuah rumah.

Agensi berita itu melaporkan bahawa orang kuat kepada pemimpin berkenaan iaitu Imomali Rakhmon berkata, Kuvatov sudah pun meninggal dunia sebelum pasukan perubatan tiba di tempay kejadian. Pihak polis sedang membuat pemeriksaan bagi mendapatkan bukti yang boleh dikaitkan dengan pembunuhan itu."

Pergerakan "Kumpulan 24" yang diketuai oleh Kuvatov diisytiharkan sebagai "organisasi ekstemis" dan diharamkan oleh Mahkamah Tinggi Tajikistan pada Oktober tahun laku.

Beliau dikehendaki oleh pihak berkuasa Tajikistan di atas beberapa kes jenayah, termasuk estremisme, jenayah ekonomi dan menahan tebusan. 

Turki menolak permintaan untuk mengektradisi beliau ke Tajikistan.

Kuvatov turut menetap di Rusia dan Emiriah Arab Bersatu (UAE) beberapa tahun lalu sebelum berhijrah ke Turki. - REUTERS

Tajik, Umarali Kuvatov

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain