suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Kanak-Kanak Tiru IS, Bakar Rakan Dalam Sangkar

SEORANG kanak-kanak berusia 10 tahun di Yaman nyaris maut apabila dibakar rakannya di dalam sebuah sangkar selepas mereka cuba meniru hukuman yang dilakukan kumpulan militan, Negara Islam (IS) terhadap juruterbang Jordan.

Mangsa yang belum didedahkan identiti itu, dilapor telah diserang oleh lebih dari tujuh kanak-kanak sebelum mereka mengurungnya di dalam sebuah sangkar di kampung Dahtaht.

Ketika mangsa mula dibakar, sekumpulan penduduk telah melihat kejadian itu dan menyelamatkannya daripada maut di dalam sangkar berkenaan.

Baru-baru ini dunia digemparkan dengan hukuman bakar hidup-hidup terhadap juruterbang Jordan, Muaz Alkasasbeh oleh IS.

Hukuman seumpama itu adalah yang pertama dilakukan kumpulan militan terhadap tawanan selepas hukuman lain seperti tembak dan sembelih.

Kanak-kanak yang cuba membakar rakan mereka itu didakwa mendapat idea untuk bertindak demikian selepas melihat video pembunuhan juruterbang Jordan di telefon bimbit milik ahli keluarga.

Berikutan kejadian tersebut, kaki kanan mangsa melecur dan dia berada dalam keadaan trauma.

Yaman, IS, Bakar

Artikel Sebelum

Artikel Lain