suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Arab Saudi Pancung 34 Pesalah Sejak Januari

KERAJAAN Arab Saudi melaksanakan hukuman pancung terhadap seorang pembunuh dan penyeludup dadah jenis heroin - menjadikan jumlah keseluruhan pesalah yang dipenggal adalah seramai 34 orang pada tahun ini.

Hukuman pancung terbaharu dilaksanakan terhadap Vijay Kumar Saleem yang didapati bersalah membunuh seorang warga Yaman menggunakan kapak.

Kementerian Dalam Negeri Arab Saudi memberitahu, kejadian pembunuhan itu berlaku di sebuah ladang tempat mangsa dan suspek berkerja manakala hukuman pancung dilaksanakan di bandar Riyadh.

Seorang lagi pesalah, Hafiz Wifaq Rasoul yang merupakan warga Pakistan dan didapati bersalah menyeludup dadah pula telah dipancung di Madinah.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan, Hafiz Wifaq telah disiasat secara terperinci dan dibicarakan sebelum didapati bersalah menyeludup dadah.

Pancung, Arab Saudi

Artikel Sebelum

Empat Termasuk Polis Ditembak Mati

Artikel Berikut

Artikel Lain