suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Suami Isteri Di Detroit Dapat Bayi Kembar Tiga

Lauren dan Michael melihat bayi kembar tiga mereka.
ST. CLAIR SHORES: Pasangan suami isteri Michael dan Lauren Whiteley yang menetap di Detroit, Michigan kini memiliki sebuah keluarga yang besar apabila dikurniakan anak lelaki kembar tiga pada 25 Januari lalu.

Sebelum kelahiran bayi kembar tersebut, Whiteley dikurniakan dengan dua anak lelaki masing-masing berusia tiga dan dua tahun.

Bayi kembar tersebut yang diberi nama Alexander, Nicholas dan Timothy berada dalam keadaan sihat.

Mereka dibenarkan keluar dari Hospital Henry Ford di Detroit selepas diletakkan di unit rawatan rapi selama sebulan.

Alexander, Nicholas dan Timothy berada dalam keadaan sihat.

"Saya inginkan sebuah keluarga yang besar dan syukur kelahiran kembar tiga ini memenuhi impian tersebut. Ia hadiah yang tidak ternilai," kata Michael.

Menurut Lauren, kebanyakan bayi kembar tiga terhasil menerusi rawatan kesuburan tetapi beliau tidak menjalani rawatan tersebut.

"Saya menjalani ujian ultrabunyi ketika kandungan berusia lapan atau sembilan minggu dan terkejut apabila mengetahui hamil anak kembar tiga," katanya.

Jelas Whiteley, ia sesuatu yang luar biasa kerana tiada sejarah kelahiran kembar dalam keluarganya mahupun di pihak suaminya.


kembar tiga, Detroit

Artikel Lain