suria

Akibat Cinta Tak Direstui, Gadis Dikurung Enam Tahun

Keadaan Zhang yang dikurung selama enam tahun di dalam sebuah rumah terbiar di China.
SEORANG gadis berusia 24 tahun dikurung di dalam sebuah rumah terbiar selama enam tahun selepas enggan memenuhi permintaan ibu bapanya untuk menamatkan hubungan cinta dengan kekasihnya.

Polis menyiasat dakwaan mangsa, Zhang Qi, dikatakan cuba melarikan diri dari rumahnya di perkampungan Jingang di wilayah Hubei, tengah China sebelum dikurung di dalam sebuah rumah terbiar.

Zhang dikatakan dibiarkan bersendirian di rumah terbiar itu.

Ibu bapa mangsa didakwa tidak merestui hubungan cinta Zhang dengan kekasihnya pada 2009.

Zhang ditemui seorang penduduk di kampung tersebut, Chow Jen, 50, dalam keadaan kurus kering.

Menurut Chow, ibu bapa mangsa adalah individu berpengaruh di kampung tersebut dan orang ramai diminta untuk tidak mencampuri urusan mereka.

"Semua orang tahu gadis itu dikurung di dalam rumah tersebut. Saya telah berpindah dan datang untuk melawat kampung ini, jadi saya tidak peduli dengan ancaman tersebut," katanya.

Chow berkata beliau bertindak memuat naik gambar Zhang secara dalam talian selepas pihak berkuasa enggan mengambil sebarang tindakan.

"Polis masih belum memberikan sebarang komen mengenai kes ini," katanya.
China, kurung

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain