suria

Empat Termasuk Polis Ditembak Mati

SEOUL: Empat orang termasuk anggota polis terbunuh dalam kejadian menembak kedua pada minggu ini di selatan Korea pada Jumaat.

Dalam kejadian melibatkan senjata api yang jarang berlaku di Korea itu, seorang lelaki berusia 75 tahun telah menembak mati adik dan isteri adiknya serta anggota polis yang tiba di tempat kejadian selepas menerima laporan berkenaan insiden tersebut.

Suspek dilapor menggunakan rifal berburu untuk membunuh mangsa di Bandar Hwaseong yang terletak tidak jauh dari Seoul.

Polis tempatan memberitahu pihak media, pertengkaran antara dua beradik itu berpunca daripada pertikaian wang.

Kejadian itu berlaku selang dua hari selepas seorang lelaki menembak tiga individu akibat dendam lama yang berpunca daripada percintaan di Bandar Sejong.

Dalam insiden tersebut, suspek bertindak membunuh diri tidak jauh daripada lokasi kejadian.

Korea, Tembak

Artikel Sebelum

Identiti Jihadi John Dikenal Pasti

Artikel Berikut

Artikel Lain