suria

Hukuman Mati: Indonesia Harap Komuniti Antarabangsa Hormati Keputusan

Gambar yang diedarkan Amnesty International menunjukkan bagaimana Indonesia melaksanakan hukuman mati terhadap banduan kes dadah.

JAKARTA: Kerajaan Indonesia meminta komuniti antarabangsa termasuk Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) supaya menghormati kedaulatan negara itu mempertahankan undang-undang menerusi keputusan untuk melaksanakan hukuman mati terhadap banduan yang melakukan kesalahan berkaitan dadah.

Presiden, Joko Widodo berkata, pihaknya tegas dengan keputusan itu kerana jenayah dadah merosakkan negara itu.

Malahan, pemimpin tertinggi kerajaan Indonesia yagn mengangkat sumpah Oktober lalu itu menegaskan beliau tidak akan memberi tekanan kepada semua pihak termasuk PBB dan pada masa sama akan tetap tidak akan berganjak dengan keputusannya untuk membenarkan permohonan rayuan pesalah dadah terbabit.

"Seramai 64 banduan kesalahan dadah yang dikenakan hukuman mati mengemukakan rayuan dan saya beri jaminan bahawa saya akan menolak kesemua permohonan itu," kata Joko Widodo yang juga dikenali sebagai Jokowi.

Beliau berkata demikian pada mesyuarat kebangsaan Parti Hanura, salah satu parti politik dalam gabungan pentadbiran negara itu pada hujung minggu lalu.

Jokowi berpendapat, negara itu akan musnah jika pentadbirannya bersetuju dan memberi belas kasihan dengan membenarkan rayuan yang dikemukakan pesalah jenayah dadah itu.

Bagi mengukuhkan lagi pendirian kerajaan Indonesia berhubung perkara ini, Presiden Jokowi dan pegawainya berulang kali menjelaskan bahawa gejala narkotik meragut nyawa 50 warga Indonesia setiap hari dan dianggarkan 18,000 setahun.

Tambahan lagi, kira-kira 1.2 juga penagih dadah tidak dapat menjalani pemulihan menurut kerajaan negara itu.

Pentadbiran Jokowi menggunakan gejala rasuah yang dihadapi negara itu untuk mempertahankan tindakannya terhadap enam pesalah dadah dari Malawi, Brazil, Nigeria, Vietnam dan Belanda selain Indonesia bulan lalu dan kini merancang untuk melaksanakan hukuman mati terhadap 11 lagi banduan termasuk dua dari Australia iaitu Andrew Chan dan Myuran Sukumaran di mana kes mereka menyebabkan kerajaan Indonesia memerima tekanan di peringkat antarabangsa.

Jurucakap Kementerian Luar Indonesia, Arrmanatha Nasir mengesahkan Menteri Luar, Retno LP Marsudi berbincang dengan Setiausaha Agung PBB, Ban Ki-moon mengenai permohonan rayuan terhadap banduan terbabit.

Bagaimanapun, beliau juga menegaskan Jokowi tetap dengan keputusannya untuk tidak mengubah pendirian pentadbiran negara itu.



PBB, Jokowi, hukuman mati, Parti Hanura

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain