suria

PM Singapura Hidap Kanser Prostat

SINGAPURA: Perdana Menteri Lee Hsien Loong telah didiagnosis menghidap kanser prostat dan akan menjalani pembedahan untuk membuang kelenjar prostat pada Isnin ini, menurut kenyataan Pejabat Perdana Menteri pada Ahad.

Rawatan prostatektomi 'keyhole' yang dibantu oleh robot akan dijalankan oleh Prof Christopher Cheng, pakar urologi di Hospital Besar Singapura (SGH), kata kenyataan itu.

Bulan lepas, Lee telah menjalani rawatan Pengimejan Resonans Magnetik (MRI)  prostat yang menunjukkan luka-luka yang mencurigakan.

Ujian biopsi seterusnya yang dijalankan mendapati bahawa satu daripada 36 sampel mengandungi sel-sel kanser.

Lee mengambil keputusan untuk menjalani pembedahan atas nasihat panel doktor yang diketuai oleh Prof Cheng, dan beliau dijangka pulih sepenuhnya selepas pembedahan.

Data daripada Pusat Kanser Memorial Sloan Kettering menunjukkan bahawa pesakit yang mempunyai profil perubatan dan rawatan yang serupa mempunyai kadar survival sebanyak 99 peratus selama 15 tahun bagi penghidap kanser.

Lee akan cuti sakit selama satu minggu.

Dalam tempoh itu, Teo Chee Hean, Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, dan Menteri penyelaras bagi keselamatan Negara, akan bertindak sebagai Pemangku Perdana Menteri.

Lee Hsien Loong

Artikel Sebelum

Artikel Lain