suria

2 Maut, 6 Cedera, Tembakan Rambang Sasar Lelaki Hina Islam

COPENHAGEN: Seorang lelaki bersenjata menembak mati dua mangsa dan mencederakan enam yang lain termasuk tiga anggota polis selepas melepaskan tembakan secara rambang pada program debat tentang Islam dan hak kebebasan bersuara di pusat budaya di sini pada Sabtu.

Suspek dilapor mensasarkan seorang lelaki Sweeden, Lars Vilks (gambar Bawah) - pengarang yang mencetuskan kemarahan Islam seluruh dunia selepas melukis kartun menghina Nabi Muhammad.

Suspek bagaimanapun tidak sempat menembak Vilks apabila saling berbalas tembakan dengan polis sebelum dia melarikan diri.

Perdana Menteri Denmark, Helle Thorning-Schmidt menyifatkan serangan itu sebagai 'serangan pengganas' sambil merujuk kepada cermin yang berlubang akibat kesan tembakan.

Polis kemudian turut mengeluarkan rakaman kelibat suspek yang memakai topi merah dan membawa beg hitam, berusia lingkungan 25-30 tahun dengan ketinggian 185 sentimeter.

Duta Perancis yang turut hadir pada program debat berkenaan bagaimanapun tidak mengalami sebarang kecederaan.

"Suspek menembak dari luar dan ia sama seperti serangan yang berlaku di pejabat Charlie Hebdo (majalah yang pernah menghina Nabi Muhammad di Perancis).

"Peluru yang menembusi cermin pusat itu telah menyebabkan seorang mangsa yang tidak dikenali terbunuh, manakala penonton yang hadir bertindak meniarap di lantai," kata polis Denmark.

Islam, Nabi Muhammad

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Gadis Maut Diratah Jerung

Artikel Lain