suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pembunuhan Tiga Islam AS, Obama Akhirnya Buka Mulut

Tiga mangsa yang dibunuh kejam oleh suspek (kanan).

SELEPAS tiga hari membisu, akhirnya pada Jumaat, Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama mengeluarkan kenyataan dengan mengutuk kekejaman terhadap tiga rakyat negara tersebut beragama Islam yang dibunuh.

Obama dilaporkan terpaksa membuka mulut apabila dikritik oleh umat Islam termasuk Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan.

Pada Selasa tiga penduduk Islam AS berketurunan Palestin iaitu Deah Shaddy Barakat, 23; isterinya, Yusor Abu-Salha, 21;  dan adik perempuan Razan Abu-Salha, 19, dibunuh kejam oleh lelaki Kristian.

Tidak cukup dengan itu, pihak berkuasa AS yang sering mendakwa adil juga masih belum dapat mengenalpasti motif pembunuhan berkenaan.

Suspek, Craig Hicks, 46, bertindak menyerah diri kepada polis selepas membuhuh tiga mangsa tersebut tanpa sebab.

Polis AS pada awalnya cuba meletakkan punca kejadian terhadap mangsa, namun alasan rapuh berkenaan telah mengundang kritikan dunia.

Bagaimanapun pada pagi Jumaat, Rumah Putih telah mengeluarkan kenyataan Obama dengan mendakwa Biro Siasatan Persekutuan (FBI) sedang mengenalpasti motif pembunuhan oleh suspek Kristian.

Amerika Syarikat, Islam

Artikel Sebelum

Gempa Bumi Kuat Gegar Taiwan

Artikel Lain