suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pembedahan Buang Kelenjar Prostat PM Singapura Berjaya

SINGAPURA: Perdana Menteri Lee Hsien Loong yang dikesan menghidap kanser prostat, menjalani pembedahan yang berjaya membuang kelenjar prostat, kata Pejabat Perdana Menteri (PMO) pada Isnin.

Menurut kenyataan dikeluarkan PMO, Prof Christopher Cheng, pakar urologi terkemuka Hospital Besar Singapura yang melakukan pembedahan itu.

"Pembedahan berjalan sangat lancar, dan beliau dijangka pulih sepenuhnya." kata pakar itu.

Prof Cheng mengesahkan tiada sebarang hubungan antara limfoma sebelum ini dan kanser prostat sekarang.

Dalam pada itu, Hsien Loong menyatakan penghargaan terhadap ucap selamat yang diterima beliau daripada pelbagai pihak.

Artikel Lain