suria

Masjid Khusus Wanita Dibuka Di Los Angeles

LOS ANGELES: Sebuah masjid di pusat bandar Los Angeles diwujudkan khusus untuk kaum wanita, menjadikan ia yang pertama seumpamanya di Amerika Syarikat (AS).

Akhbar Los Angeles Times melaporkan lebih 100 wanita berhimpun di 'Interfaith Pico-Union Project' untuk bersembahyang, sekali gus menandakan pelancaran Masjid Wanita Amerika.

Sebuah pertubuhan tidak bermotifkan keuntungan mahu mengadakan masjid untuk wanita bagi menyediakan ruang di mana wanita Islam boleh mempelajari dan berhubung dengan wanita lain.

Yasmeen Ruhge, pakar kardiologi dari Pasadena amat menantikan perkhidmatan itu beroperasi. 

"Apabila kami masuk ke dalam masjid, kami perlu duduk di sebelah yang satu lagi Bukan bermakna kita tidak sama, tetapi ia memberikan kebebasan untuk berbahas mengenai semua wanita dan mewujudkan satu peranan bebas.

Masjid hanya untuk wanita hanya wujud di China, Chile dan India. Tetapi pemimpin Leader berkata, ia mungkin menjadi pertama buat AS. 

Menurut kajian pada 2011 mendapati dua pertiga majid Amerika Syarikat (AS) menggunakan penghadang untuk mengasingkan lelaki dan wanita untuk bersolat.

Walaupun ruang solat hanya untuk wanita, majlis dan kelas lain akan dibuka kepada lelaki. - AP

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain