suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Dendam: Bapa Tembak Mati Tujuh Anggota IS

Anak Ramadan merupakan salah seorang tahanan yang ditembak mati oleh ahli kumpulan IS pada Januari.

SEORANG lelaki warga Iraq bertindak menembak mati tujuh anggota militan Negara Islam (IS) bagi membalas dendam terhadap kumpulan pemberontak itu yang membunuh anaknya sebelum ini.

Basil Ramadan, 60, dilapor menggunakan selaras rifal AK-47 untuk menembak mati tujuh anggota kumpulan IS di pusat pemeriksaan kumpulan berkenaan di Tikrit, sebelum dia ditembak mati.

Anak Ramadan, Ahmed Basil, 18, merupakan seorang daripada lapan lelaki yang dibunuh IS (gambar bawah) pada Januari kerana didakwa menjadi pengintip bagi kerajaan Iraq.

Gambar hukuman mati terhadap anak Ramadan dan tujuh yang lain didedahkan IS kepada kerajaan Iraq sebagai amaran supaya tidak lagi mengupah pengintip.

Gambar bertajuk 'Hari Pembalasan' itu menyaksikan lapan lelaki yang dihukum tembak memakai baju berwarna oren seperti yang digunakan di penjara Guantanamo.

Ahmed Basil Ramadan ditahan oleh IS selepas dia didakwa memberi maklumat kepada kerajaan Iraq mengenai kedudukan rumah anggota kumpulan IS.

IS, Tikrit, Iraq, Bunuh, Militan

Artikel Berikut

Artikel Lain