suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

IS "Sembelih" Goto

Rakaman terbaharu yang dimuat naik IS sebelum mendakwa menyembelih Goto.

TOKYO: Kumpulan militan Negara Islam (IS) menyebarkan rakaman video terbaharu yang menyaksikan wartawan, Kenji Goto melutut di sisi seorang lelaki bertopeng yang membayangkan akan berlaku 'penyembelihan' terhadap warga Jepun itu.

Bercakap dengan loghat British, anggota IS itu turut menyalahkan keajaan Jepun hingga membawa kepada pembunuhan tawanan kedua warga negara itu.

Dakwaan IS itu dimuat naik ke internet tetapi tidak menyentuh mengenai juruterbang Jordan yang turut ditahan IS dan diancam dibunuh.

Lelaki berpakaian serba hitam itu kelihatan sama dengan militan IS yang terbabit dalam video serupa sebelum ini.

Goto pula berpakaian serba jingga serupa dengan apa yang dipakai tahanan di Guantanamo Bay dan rakaman video pelaksanaan hukuman sebelum ini.

Militan IS berkenaan menyatakan kepada Perdana Menteri Jepun, Shinzo Abe, bahawa pembunuhan Goto adalah permulaan kepada "satu mimpi ngeri buat Jepun".

Rakaman video itu berakhir dengan imej mayat berpakaian jingga dengan kepala yang dipenggal diletakkan di atasnya. 
IS, Kenji Goto, Jepun

Artikel Sebelum

Artikel Lain