suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

123 Anggota Boko Haram Maut Bertempur Dengan Tentera Chad

N’DJAMENA: Seramai tiga anggota tentera Chad dan 123 anggota militan Boko Haram terbunuh dalam satu pertempuan selepas kumpulan pemberontak berkenaan menyerang konvoi pasukan keselamatan itu di utara Cameroon pada Jumaat.

Dalam satu kenyataan tentera Chad, seramai 12 anggotanya turut cedera dalam serangan yang berlaku di Bandar Fotokol.

Ketika serangan, anggota tentera Chad dilaporkan dalam konvoi ke Cameroon untuk membantu meningkatkan keselamatan berikutan ancaman pemberontak.

Bagaimanapun, ketika melalui bandar berhampiran kawasan yang ditawan kumpulan militan, bahan letupan yang dipasang Boko Haram telah diletupkan.

Berikutan itu berlaku serangan balas daripada tentera Chad yang mengorbankan 123 anggota kumpulan Bokok Haram.

Bagi membendung kebangkitan Bokok Haram untuk membalas dendam,  Kesatuan Negara Afrika (AU) telah mengarahkan seramai 7,500 anggota tentera dari lima negara untuk meningkatkan keselamatan di kawasan terlibat.





Chad, Nigeria, Cameroon

Artikel Sebelum

IS "Sembelih" Goto

Artikel Lain