suria

Pesawat Komersial Boleh Hantar Signal Kecemasan Setiap Minit Selepas Ini

MONTREAL: Semua pesawat komersial di seluruh dunia boleh menghantar isyarat automatik setiap minit dalam kecemasan untuk membantu pasukan penyelamat mengesan pesawat yang terjatuh dengan lebih mudah tidak lama lagi.

Pendekatan baharu itu adalah sebagai respons kepada kehilangan pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH370 yang berlepas dari Kuala Lumpur menuju Beijing, yang kekal misteri dalam sejarah penerbangan dunia.

Pesawat tersebut yang membawa seramai 239 penumpang termasuk anak kapal masih belum ditemui sehingga hari ini.

Kaedah pengesanan baharu yang disediakan oleh kumpulan industri terbabit akan dikuatkuasakan secara berperingkat menjelang akhir tahun ini, kata  Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO).


ICAO, MH370

Artikel Lain