suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Denmark Tolak 'Superhero'

PEMINAT fanatik komik adiwira mengejutkan ramai apabila mengemukakan permohonan untuk menukar namanya kepada Superhero.

Benjamin Preisler Herbst dari Denmark percaya nama baharunya itu dapat membawa senyuman kepada sesiapa sahaja.

Bagaimanapun, ternyata hasratnya itu tidak mendapat persetujuan kerajaan negara itu.

Selepas empat bulan mempertimbangkan permohonan Herbst, akhirnya ia ditolak kerana menganggap tidak sesuai.

Kecewa dengan keputusan kerajaan, pemilik kedai permainan itu tanpa berselindung menyuarakan kekesalannya menerusi media, terutama selepas kerajaan sama membenarkan penggunaan nama watak Ninja dan Lord of the Rings seperti Gandalf dan Legolas.

Kata lelaki berusia 26 tahun itu: "Saya faham bahawa remaja berusia 18 tahun ke bawah perlu dilindungi daripada diberi nama pelik oleh ibu bapa mereka.

"Tetapi, pada pendapat saya, terpulang kepada rakyat dewasa untuk mengubah namanya kepada apa sahaja yang mereka mahu."

Meminati adiwira seperti Batman, Spiderman dan Captain America, lelaki itu berkata, keputusan kerajaan Denmark itu tidak akan mematahkan semangatnya untuk terus mengumpul lebih banyak patung karaktor yang diminatinya itu.

superhero, Herbst, Denmark

Artikel Sebelum

QZ8501: Operasi Diteruskan

Artikel Lain