suria

QZ8501: Operasi Diteruskan

Pasukan penyelam meneliti peta sebelum meneruskan operasi pada Ahad.

JAKARTA: Pasukan menyelamat Indonesia pada Ahad meneruskan pencarian baki 86 lagi mangsa nahas pesawat AirAsia Indonesia QZ8501 yang masih hilang susulan tragedi pada 28 Disember lalu itu.

Sebelum ini, Ketua Agensi Mencari dan Menyelamat Nasional Indonesia (Basarnas), Bambang Soelistyo memaklumkan, pasukan mencari dan menyelamat diberi rehat dua hari selepas berminggu melakukan pencarian dalam keadaan tidak menentu.

Seramai 68 penyelam dari agensi mencari dan menyelamat termasuk syarikat dan kelab akan memberi tumpuan untuk menarik keluar badan pesawat QZ8501 dan baki jasad mangsa di dasar laut.

Sehingga kini, 76 mayat berjaya ditemui sejak pesawat malang itu terhempas di Laut Jawa ketika ribut dalam perjalanan dari Surabaya ke Singapura pada 28 Disember lalu.

"Operasi mencari sudah disambung semula. Fokus kami pada hari ini adalah untuk mencari jasad yang masih terperangkap di dalam pesawat atau terbenam dalam lumpur.

"Cuaca baik, dan ombak hanya beberapa meter tinggi," kata Pengarah Operasi Basarnas, SB Supriyadi kepada AFP sambil menambah bahawa enam bot telah berada di kawasan carian. - AFP


Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Denmark Tolak 'Superhero'

Artikel Lain