suria

China Haramkan Buku Teks Terap Nilai Barat Di Universiti

Yuan Guiren.
BEIJING: Menteri Pendidikan China, Yuan Guiren memberi jaminan akan mengharamkan buku teks universiti yang menerapkan 'nilai barat' dalam usaha mengawal ideologi di bawah pemerintahan Presiden Xi Jinping.

"Jangan biarkan buku teks mempromosikan nilai-nilai Barat berada dalam kelas kita. Kata-kata yang menuduh kepimpinan Parti Komunis China dan 'mencemar sosialisma' tidak perlu wujud di dalam kelas," katanya lapor agensi berita rasmi China, Xinhua.

Kebanyakan universiti di China dikendalikan oleh Parti Komunis yang memerintah dan ia mengawal ketat perbincangan sejarah dan topik yang boleh disalah tafsir sehingga boleh mengancam pemerintahan 'kuku besi' parti itu.

Mereka juga sering melabelkan konsep seperti pilihan raya pelbagai parti dan pemisahan kuasa sebagai 'Barat', di sebalik penyertaan dan rayuan mereka di peringkat global.

China mengetatkan kawalan ke atas ahli akademik sejak Xi mengambil alih kepimpinan parti pada tahun 2012, dan dikatakan beberapa profesor lantang dipecat atau penjara.

Antaranya, Profesor Ekonomi di Universiti Peking, Xia Yeliang yang dipecat daripada jawatannya pada 2013 selepas 13 tahun beliau mendesak secara berterusan perubahan politik di China.

Xia adalah salah seorang yang menandatangani petisyen reformis Piagam 08, manakala penulis utamanya, Liu Xiaobo kekal dalam penjara walaupun selepas memenangi Hadiah Nobel Keamanan.

Beliau dipecat dengan alasan gagal mengajar dengan baik dan akhirnya memilih berpindah ke Amerika Syarikat, tahun lepas.

Sementara itu, sebuah wilayah China bulan lalu mengumumkan rancangan untuk memasang kamera CCTV di dalam kelas universiti, mencetuskan bantahan daripada seorang peguam yang berkata langkah itu akan terus mengekang kebebasan akademik.

Selain itu, pihak berkuasa juga bertindak memasang perakam video di dalam bilik kuliah yang diajar seorang ahli akademi berbangsa Uighur, Profesor Ekonomi, Ilham Tohti.

Beliau dijatuhi hukuman penjara seumur hidup kerana dikatakan terbabit dengan kumpulan pemisah.

Sistem pendidikan China kian berkembang seiring dengan ekonomi negara terbabit. 

Jumlah universiti dan kolej juga kian bertambah dua kali ganda dalam dekad lalu.

Bagaimanapun, ramai pelajar yang terdiri daripada anak golongan elit politik dan perniagaan lebih suka menghantar anak mereka untuk melanjutkan pelajaran ke institusi di Amerika Syarikat dan Eropah, ia termasuk anak perempuan Xi yang dikatakan sedang melanjutkan pelajaran di Universiti Harvard sejak tahun 2010. 

China, nilai barat

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain