suria

26 Maut Dalam Serangan Bom Di Mesir

KAHERAH: Seramai 26 orang maut apabila kumpulan militan yang didakwa bersekutu dengan puak Negara Islam (IS) melancarkan serangan bom kereta dan pelancar roket secara serentak di Sinai pada Khamis.

Kebanyakan mangsa yang terdiri daripada anggota tentera itu menjadi sasaran kumpulan militan bagi membalas dendam berikutan penggulingan bekas Presiden Mesir, Mohamed Morsi.

Kumpulan yang bertanggungjawab dalam kejadian berkenaan turut menyatakan serangan itu sebagai balasan terhadap kerajaan tentera yang melakukan hukuman mati tidak berperikemanusiaan kepada tahanan yang terdiri daripada penyokong Morsi.

Mesir kini dipimpin oleh Presiden Abdel Fattah al-Sisi selepas Morsi digulingkan sejak Julai 2013.

Serangan tersebut juga didakwa disasarkan terhadap pejabat-pejabat polis dan tentera, kenderaan pihak berkuasa dan termasuk kediaman mereka.




Mesir, Kaherah, Sinai

Artikel Berikut

Artikel Lain