suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Remaja Bersenjata Tawan Studio Penyiaran

SEBUAH saluran televisyen terkemuka Belanda mengalami detik cemas luar biasa pada Khamis apabila seorang remaja menyerbu masuk studio berita berkenaan dan mengugut dengan menggunakan sepucuk pistol untuk bersiaran langsung.

Remaja berusia 19 tahun yang merupakan pelajar kimia sebuah universiti itu pada mulanya berjaya masuk ke bangunan berkenaan selepas menyamar sebagai agen risikan.

Suspek yang mengenakan sut hitam kemudian cuba merampas studio yang sedang mengadakan siaran langsung untuk meneruskan agendanya.

Terkejut dengan kehadiran remaja bersenjata itu, wartawan yang sedang mengendalikan siaran langsung bersama kru lain bertindak keluar dari studio berkenaan.

Keadaan itu menyebabkan siaran langsung masih diteruskan dengan lelaki bersenjata itu mahu mengendalikan program berkenaan.

Bagaimanapun kehadiran sepasukan anggota polis berjaya menahan lelaki itu tanpa sebarang kejadian tembakan berlaku.

Polis dalam kenyataan memberitahu, remaja itu turut mengugut bahawa beberapa letupan bom akan berlaku di seluruh Belanda jika permintaannya tidak dipenuhi.


Belanda, Pistol, Tawan

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain