suria

QZ8501: 92 Lagi Mangsa Gagal Ditemui

Pasangan warga Indonesia, Fandi Santoso (kiri) dan isterinya, Indriani yang mayatnya masih gagal ditemui hingga kini.

JAKARTA: Agensi mencari dan menyelamat Indonesia akan meneruskan operasi mengesan mangsa pesawat QZ8501 sekurang-kurangnya seminggu lagi.

Bantuan tiga pesawat, beberapa kapal dan pasukan penyelam akan digunakan untuk tujuan itu selepasa sebulan tragedi penerbangan QZ8501 terhempas di Laut Jawa dalam cuaca buruk bersama 162 orang pada 28 Disember lalu. Pesawat itu dalam perjalanan dari Surabaya ke Singapura.

Perkara itu dimaklumkan Penyelaras Operasi Mencari dan Menyelamat, S.B. Supriyadi yang turut memberitahu, langkah itu bagi mengesan baki 92 mangsa pesawat AirAsia itu.

Bagaimanapun, pemeriksaan dalam badan pesawat yang dilakukan pasukan penyelam gagal gagal mengesan mayat mangsa.

“Mungkin mayat mangsa ada di dasar laut atau dihanyutkan ombak dan arus.

“Matlamat utama operasi ini adalah untuk menemui lebih banyak mayat dan bukan mengapungkan badan pesawat yang patah dua,” kata Supriyadi.

Sehingga kini, cuma 70 mayat ditemui dan berdasarkan perancangan, pihak berkuasa berharap untuk menemui sebahagian besar penumpang dan kru dalam fuselaj pesawat  Airbus A320-200 itu.

AirAsia, QZ8501, Surabaya, Supriyadi

Artikel Lain