suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Proses Rundingan Damai Dengan Puak Pemisah Libatkan Tiga Langkah - Prayuth

BANGKOK: Rundingan damai antara kerajaan Thailand dan puak pemisah di selatan negara ini akan melibatkan tiga langkah, tetapi jadualnya belum ditetapkan, kata Perdana Menteri Thailand Jen Prayuth Chan-ocha.

"Langkah pertama ialah Malaysia sebagai pemudah cara, akan mengenal pasti kumpulan yang akan terlibat dengan rundingan damai itu, diikuti proses membina kepercayaan dan pengesahan status kumpulan itu," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Keselamatan Negara (NSC) di Rumah Kerajaan di sini, Rabu.

Prayuth berkata terdapat beberapa kumpulan pemberontak di wilayah selatan, baharu dan lama, yang semuanya berada di Thailand.

Menurut beliau, ada kalanya anggota kumpulan itu menyeberang sempadan, tetapi jumlah mereka tidak dinyatakannya.

"Jika langkah pertama berjaya, langkah kedua akan menyusul iaitu mengesahkan satu perjanjian, diikuti menyediakan pelan hala tuju," katanya.

Prayuth berkata langkah terakhir ialah melaksanakan pelan hala tuju berkenaan seperti menamatkan keganasan, menangani perkara berkaitan mereka yang terlibat dengan keganasan, keadilan, pembangunan dan pengurangan ketidaksamarataan serta isu berkaitan identiti dan budaya.

Prayuth, Thailand, puak pemisah

Artikel Sebelum

Artikel Lain