suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Isteri Bangga Suami Terbunuh Sebagai Perjuang IS

ISTERI salah seorang anggota militan Negara Islam (IS) Zehra Duman melaporkan suaminya telah terkorban dalam tempoh 48 jam yang lalu.

Mahmoud Abdullatif dari Melbourne, Australia sebelum ini terkenal kerana perangainya yang dikatakan 'kaki perempuan' dan suka berlumba kereta itu dilaporkan terbunuh ketika berjuang untuk kumpulan militan itu.

Zehra memuat naik status di laman Twitternya mengenai insiden itu :"Till we reunite in Jannatul Firdaws (heaven) my dearest husband,' tulisnya. 'You won the race! Heart of a green bird insha'Allah habibi<3! (Sehingga kita dipertemukan di syurga wahai suamiku. Dalam perlumbaan ini kamu menang!)

Zehra Duman yang dipercayai isteri kepada Abdullatif


Pada Disember lalu, Abdullatif mengumumkan perkahwinannya dengan wanita itu di Twitternya."I got married today... insha Allah I receive a beautiful death as well. #jihadlife,' tulisnya pada 19 Disember lalu. (Saya bernikah hari ini...Insha Allah saya akan peroleh kematian yang indah juga

Beberapa minggu lalu Abdullatif dilihat bersama seorang lagi anggota militan dari Sydney, Mohamed Elomar serta kawannya. 

Dilaporkan, Abdullatif adalah warganegara Australia yang terbaharu terbunuh di negara Timur Tengah itu.

Sebelum ini komander IS, Mohammad Ali Baryalei dilaporkan terbunuh pada Oktober lalu.

Pihak berkuasa percaya, Baryalei bertanggungjawab merekrut warga Australia berjuang untuk IS.
IS

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain