suria

Isteri, Keluarga Enggan Hadir Pengebumian Cherif Kouachi

Pengebumian Cherif (kiri) sepi tanpa kehadiran ahli keluarga, bagaimanapun berbeza dengan Said apabila masih ada ahli keluarga yang mahu menyertainya.

NANTERRE: Hanya anggota polis menghadiri pengebumian Cherif Kouachi, penjenayah yang menembak mati 12 orang dalam serangan di pejabat Charlie Hebdo pada awal pagi Ahad.

Walaupun dikebumikan di tanah perkuburan Gennevilliers tempat dia pernah tinggal, tetapi isteri, mahupun ahli keluarganya juga tidak hadir.

Terletak berhampiran Paris, pihak berkuasa Perancis juga bertindak tidak menandakan kubur lelaki itu bagi mengelak dikunjungi kumpulan militan.

“Isterinya tidak mahu menghadiri majlis itu. Tidak ada siapa yang hadir. Upacara pengebumian berjalan dengan tenang,” kata pegawai polis yang bertugas ketika itu.

Terdahulu, balu Cherif meminta dia dikebumikan bersama abangnya Said di Gennevilliers, sembilan kilometer ke barat laut tengah Paris tetapi permintaannya ditolak kerana Said bukan penduduk kawasan itu.

Menurut Datuk Bandar Patrice Leclerc, dia tidak ada pilihan selain membenarkan Cherif dikebumikan di tanah perkuburan berkenaan.

Said pula dikebumikan malam sebelumnya di Reims, tempat dia tinggal kira-kira dua tahun lalu.

Bagaimanapun, kelihatan beberapa anggota keluarganya hadir pada acara itu kecuali isterinya kerana mahu merahsiahkan kedudukan kubur suaminya. - AFP

Artikel Berikut

Artikel Lain