suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Militan IS Bebaskan 200 Tahanan Puak Yazidi

Antara tahanan IS yang ditinggalkan di Jambatan Khazer berhampiran ibu wilayah Kurdis Irbil.

BAGHDAD: Pegawai tentera Kurdish di utara Iraq memberitahu bahawa sekurang-kurangnya 200 orang daripada puak minoriti Yazidi yang ditahan sejak lima bulan lalu dibebaskan oleh kumpulan militan Negara Islam (IS).

Peshmerga Kej Shirko Fatih iaitu komander angkatan Kurdish di utara bandar Kirkuk berkata kepada AP pada Ahad bahawa kebanyakan yang dibebaskan adalah warga emas serta tahanan yang sakit.

Tiga daripadanya adalah kanak-kanak.

Tentera militan membawa kesemua mereka dari utara bandar Tal Afar iaitu lokasi mereka ditahan.

Menurut Fatih, anggota militan meninggalkan bekas tahanan di Jambatan Khazer berhampiran ibu wilayah Kurdis Irbil.

Mereka kini ditahan oleh pihak berkuasa Kurdish untuk disoal siasat.

Negara Islam (IS), Puak Yazidi

Artikel Lain