suria

Bom Palsu: Penumpang Pesawat Panik

ROM: Suasana panik tercetus dalam pesawat ke Vienna beberapa minit sebelum berlepas dari Lapangan Terbang Fiumicino di sini apabila seorang penumpang mendakwa membawa bahan letupan.

Tindakan penumpang itu memaklumkan kepada kapten pesawat berkenaan menyebabkan laporan kecemasan mengenainya beg penumpang yang didakwa mengandungi bom terpaksa dibuat.

Lebih kecoh lagi apabila semua penumpang yang menggunakan perkhidmatan syarikat penerbangan tambang murah Austria, Fly Niki itu diarah segera mengosongkan pesawat itu.

Sebagai langkah keselamatan, pesawat itu dibawa ke sebuah kawasan terasing di kawasan lapangan terbang sebelum penumpang diarah keluar.

Bagaimanapun kata agensi media Itali, AGI, bahan letupan berkenaan tidak ditemui selepas pihak berkuasa menjalankan operasi mencari di dalam pesawat.

Susulan itu, penumpang yang mencetuskan suasana panik itu kemudian ditahan untuk disoal siasat dan mendapati suspek adalah warga negara Slovenia.

Trafik udara di Lapangan Terbang Fiumicino, lapangan terbang antarabangsa utama di Rom terjejas hampir setengah jam. 

bom, Fly Niki, Austria

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain